MUNAWWARAH HASSAN

CABAR DIRI BELAJAR MELAKUKAN SESUATU YANG BAHARU JANGAN TAKUT UNTUK MENCUBA..

Sunday, November 8, 2015

SELAMAT DATANG KE BLOG LAPORAN AKHIR

PEMILIK BLOG: NURZATUL MUNAWWARAH BINTI HASSAN

NOMBOR PENDAFTARAN: 18DDV13F2052


Kepada pihak yang berkenaan, blog ini adalah laporan akhir sepanjang menjalani latihan industri saya di syarikat tv9 kedah.

Disini saya selaku pelajar latihan wartawan tv9, menyatakan semua laporan saya disini adalah dibawa kawalan saya sepanjang enam bulan ini.


Tuan,puan boleh membuat rujukan di lawanweb rasmi 
  

 http://www.astroawani.com/ http://www.tonton.com.my/beritatv9

Tuesday, November 3, 2015

Latar Belakang SYARIKAT TV9 KEDAH


ENCIK ADI SUFIAN ZULKIFLE merangkap ketua biro tv9 kedah

Syarikat tv9 kedah ialah sebuah produksi yang mewujudkan untuk membekalkan bahan berita kepada stesen - stesen tv yang berdaftar di malaysia.

Membekalkan berita merangkumi 4 stesen  dibawahan beliau  diantaranya  stesen Astro Awani, Tv Al-Hijrah dan MSTAR (berita secara online).
DARI KANAN ENCIK ADI SUFIAN WAKIL WARTAWAN TV9 KEDAH
SELAKU KETUA BIRO TV9 KEDAH

WARTAWAN :

ADI SUFIAN ZULKIFLIE
MOHD FADHIL
AMIRA SURIANI
QISTINA JAMALUDDIN

JURUKAMERA

FAHMI AHMAD
AFIZI ISMAIL
HAFIZ JAMIL
SHAHRIL RAMDAN
SYAHRUL NIZAM

PRAKTIKAL

AIMAN RASYID (PERTAK)
ALIF OMAR (PERTAK)
MUNAWWARAH HASSAN (PTSS)
FATHULLAH RAHMAN (PTSS)
 FATIN AMIRA (UUM)
MURNI MD REJAB (UUM)
NOOR FATIN (UUM)












Monday, November 2, 2015

Belajar Sesuatu Yang Baru,

TUGASAN DI MEDIA TV9 KEDAH MERANGKUMI 3 PEKERJAAN.


  • PERTAMA: WARTAWAN / REPORTER
  • KEDUA : JURUKAMERA /CAMERAMAN 
  • KETIGA :PENGOLAH CERITA /SUB EDITIOR 

Pilihan dan tugasan yang diberikan kepada saya, pilihan pertama iaitu wartawan.

Walaupun saya dalam latihan industri tetapi pekerjaan saya sama seperti staf disini apa mereka dapat untuk ditugaskan juga saya akan dapat seperti mereka..



TUGASAN SAYA SEBAGAI WARTAWAN TV9 KEDAH

  1. MEMBUAT LIPUTAN JIKA MENDAPAT ARAHAN
  2. MEMBUAT PENCERITAAN
  3. MENCARI MAKLUMAT SAHIH SEBELUM KELUAR KE LOKASI
  4. PEKA / ALERT DENGAN ISU PERSEKITARAN DAN SEMASA


Mengapa saya tidak memilih untuk mengendalikan kamera ?

* FAKTA : STAF JURUKAMERAMAN LEBIH RAMAI DARI WARTAWAN DI TV9 KEDAH

Sunday, November 1, 2015

Diantara Etika Kewartawanan Adalah......



Menyedari bahawa kewartawanan yang amanah adalah suatu aset kepada negara,
Tiada sebarang sekatan boleh diadakan bagi penyertaan seseorang dalam profesion wartawan.

Etika kewartawanan malaysia yang berikut:


1.tugas utama wartawan adalah melaporkan kebenaran dan menghormati hak orang ramai untuk mendapat maklumat yang benar

2. Dalam melaksanakan tugas ini dia menghayati kebebasan memungut dan menyiarkan berita secara jujur serta berhak membuat ulasan dan kritik yang saksama

3. Wartawan hendaklah menggunakan cara yang wajar untuk mendapatkan berita, gambar/filem dan dokumen

4. Sebarang maklumat tersiar yang didapati tidak benar hendaklah diperbetulkan

5. Wartawan hendaklah menghormati kerahsiaan sumber berita

6. Wartawan hendaklah berbudi pekerti ketika menjalankan tugas dan mengelakkan diri daripada plagiarisme dan hasutan, tuduhan tidak berasas serta rasuah dalam apa bentuk sekalipun

7. Wartawan hendaklah menghindari siaran berita rencana yang bersifat perkauman, melampau dan bertentangan dengan tatasusila masyarakat majmuk malaysia

8. Wartawan hendaklah memahami undang-undang dan peraturan negara yang berkaitan secara langsung dengan profesion mereka.




RUJUKAN:
:http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140708/re_07/Antara-tugas-dan-jasa-wartawan
http://mpi.my/etika-kewartawanan-malaysia




TUGASAN SEPANJANG LATIHAN INDUSTRI


LIPUTAN ADUAN RAKYAT TENTANG PELUPUHAN SAMPAH SARAP 

LIPUTAN PROGRAM ASNAF BERSAMA PEGAWAI JABATAN MASYAKARAT

LIPUTAN PERHIMPUNAN BERISH 4.0 DI MENARA ALOR SETAR,  KEDAH

LIPUTAN JENAYAH / KEMATIAN

TUGASAN PERTAMA MEMBUAT LIPUTAN KUIH TRADISIONAL.

MEMBUAT LIPUTAN DAN MENGENDALIKAN KAMERA KETIKA PERLAWANAN PIALA PREMIER 2015

LIPUTAN PERASMIAN DATO SERI MUKRIZ SELAKU MENTERI BESAR KEDAH

IniFormat Penulisan Berita, dan ini adalah salah satu contoh berita telah saya buat..

ATT: PUAN ZARIN / CIK HANIM
SLUG: MENU BAJET
SUPER: JITRA, KEDAH
INTRO
KETIKA HARGA BARANGAN MELAMBUNG TINGGI, MUNGKIN AGAK SUKAR UNTUK KITA MENCARI HARGA MAKANAN YANG DIJUAL PADA HARGA SATU RINGGIT PADA MASA KINI.
NAMUN DI JITRA, KEDAH, KAMI BERJAYA MENEMUI SATU GERAI MAKANAN YANG MENJUAL PELBAGAI MENU PADA HARGA CUMA SATU RINGGIT.
WAIT FOR Q
FTP VISUAL SEND BY ADI DALAM FOLDER TV9 KEDAH
VT
===VISUAL KEDAI RM1===
GERAI MAKANAN YANG BERTEMAKAN MENU SEJAHTERA ITU DIUSAHAKAN SEPASANG SUAMI ISTERI, MOHD NAZERI HASHIM, 42 TAHUN DAN NOOR HASHIMAH CHE NOOR, 43 TAHUN.
===VISUAL MENU===
GERAI ITU MENYAJIKAN PELBAGAI MENU PADA HARGA MURAH ANTARANYA BIHUN, MAGGI DAN KUETIOW SUP, LAKSA, CENDOL SERTA MINUMAN PADA HARGA CUMA SATU RINGGIT SETIAP SATU.
BAPA KEPADA 7 ORANG ANAK BERKATA, IDEA MENJUAL MAKANAN PADA HARGA BAJET TERCETUS APABILA KEBANYAKKAN PELANGGANNYA TERDIRI DARIPADA PELAJAR DAN GOLONGAN BERPENDAPATAN RENDAH.
LEBIH DARI ITU, NAZERI BERKATA, KOS SARA HIDUP YANG MAKIN MENINGKAT MENDORONG DIA UNTUK MELAKUKAN PERKARA SEUMPAMA ITU.
IN SOT
SUPER: MOHD NAZERI HASHIM / PEMILIK KEDAI MAKAN
SOT IN
Anak anak saya pun sekolah lagi ada yang dok institut tinggi apa kan bebanan depa dengan belanja duit poket depa jadi saya cadangkan makan makanan tu kita buat supaya mereka mampu untuk makan dengan seringgit depa boleh makan dengan dua ringgit depa boleh makan lagi sekali jadi bukan nak kata seringgit tu murah tapi makanan tu cukup untuk depa makan...
SOT OUT
=== VISUAL PELANGGAN ===
BEROPERASI SEJAK LIMA BULAN LEPAS DENGAN HANYA GERAI KECIL, PERNIAGAANNYA KINI MENDAPAT SAMBUTAN RAMAI SEHINGGA BERJAYA MEMBESARKAN GERAINYA SEHINGGA MAMPU MEMUATKAN 40 ORANG PELANGGAN PADA MASA YANG SAMA.
RATA-RATA PELANGGAN YANG DITEMUI BERPUAS HATI DENGAN HARGA YANG DITAWARKAN KERANA MEMBANTU MEREKA DALAM BERJIMAT CERMAT.
SUPER: ZURINA YAHYA / PENYELIA ASRAMA IPTA
SOT IN
Saya rasa memang bagus la konsep macam pakej kan pakej untuk student kan memang budak akan tumpukan tempat tempat macam ni sebab depa bajet kan depa akan makan depa akan bajet sehari tiga ringgit ka apa kan depa tempat tempat macam ni memang sesuai la kan....
OUT
SUPER: FITRI HAFIZAN AHMAD KAMAL / PENOLONG PENGURUS IPTA
SOT IN
Konsep ni kalau pada saya memang menyokong penuh la kan sebab dalam keadaan ekonomi pastu untuk menjimatkan pembelanjaan so saya rasa konsep ni sangat berbaloi la terutamanya untuk kalangan pelajar pekerja kaki tangan kerajaan pekerja pekerja swasta memang berbaloi la… 
OUT
SUPER: MUHAMAD NUR ADHA HAMEED / PELAJAR POLITEKNIK
SOT IN:
ok la makan kat sini memang jimat kami belajar kan so kos dia memang teruk la kan dengan keadaan sekarang ni gst bagai semua tu makan kat sini boleh la nasi ayam dua ringgit special dua ringgit setengah bihunsup seringgit apa semua dengan keadaan sekarang insya allah boleh hidup la…
OUT
SUPER: SAIFUL ANUAR / PELATIH JABATAN KESIHATAN
SOT IN
dekat sini best la ok lagi satu dia sini jimat jimat banyak la kan kos sara  hidup sekarang dah meningkat kadang kadang kalau kita makan kat kedai ni air saja pon dah dua tiga ringgit dah ni mai sini ok la laicingkang pon seringgit abc pon seriinggit semua kira ok la...
OUT
=== VISUAL PENYEDIAAN MAKANAN ===
SEBELUM INI, NAZERI BEKERJA DI KILANG MEMBUAT SABUN.
NAMUN ATAS DORONGAN MAHU MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN, DIA MENGAMBIL INISIATIF MEMBUKA GERAI MAKANAN ITU.
GERAINYA BEROPERASI SETIAP HARI KECUALI HARI JUMAAT, BERMULA JAM 10.30 PAGI SEHINGGA KE MALAM.
ENDS...

kata kata akhir untuk segala usaha saya


CABARAN


Sangat mencabar apabila saya diberi arahan untuk mencari pusat perjudian haram, dan membuat serbuan bersama pihak polis.
Dapatkan bantuan daripada wartawan senior.


Halangan apabila saya terpaksa menyamar menjadi perempuan kaki judi, saya juga di ajar cara bermain judi dibantu oleh wartawan atasan.

Tiada sebarang kecurigaan oleh penjaga premis terbabit. Saya melakukan bersama seorang lagi wartawan, dan kami masuk melalui berlainan pintu.
SERBUAN POLIS DI PUSAT PERJUDIAN HARAM SEKITAR ALOR SETA


HALANGAN /PERMASALAHAN

Halangan saya sepanjang latihan industri, apabila saya diberi tugas tentang isu politik, seperti menghadiri majlis mensyuarat umno. Kerana saya tidak pernah mengambil tahu tentang politik dan tidak mengulangkaji sebelum menghadiri mensyuarat tersebut..


Alhamdulillah berkat daripada bantuan wartawan lain dapat membantu saya untuk belajar lagi tentang politik dan isu- isu semasa.


CADANGAN

Pihak produksi membuka peluang latihan industri kepada pelajar politeknik.

KESIMPULAN

Alhamdulillah saya dapat menyesuaikan keadaan dan memperlajari banyak perkara yang dari luar bidang dan saya berjaya mencabar diri melakukan tugasan yang diberikan.  Sehingga saya diberi kepercayaan untuk tugasan yang berat.



Ribuan terima kasih kepada pihak tv9 memberi peluang kepada saya untuk membuat latihan industri bagi memenuhi syarat diploma.

iNGAT :D